RSS

Tuesday, October 7, 2008

tafsiran mimpi

Setiap daripada kita pasti pernah bermimpi tetapi
tahukah kita rahsia di sebalik mimpi kita itu.sama
samalah kita lihat rahsia beberapa contoh mimpi

mimpi dipatuk ular
jika anda bermimpi seperti ini maka ia menandakan
rumah anda berselerak dan kemungkinan ada
ular dalam rumah anda

mimpi jumpa harta karun
jika anda bermimpi jumpa harta karun maka
jangan sesekali mengambil harta karun tersebut
kerana harta karun tersebut Ahmad Albab yang punya

mimpi berkelah di pantai
mimpi ini sangat bahaya kerana kemungkinan
besar kawasan rumah anda akan menghadapi
masalah gangguan air dalam masa 2 tiga hari
lagi

mimpi membela kambing
jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan
besar anda tidak mandi sebelum tidur.
maka bau bau kambing terbawak bawak
sehingga dalam mimpi anda.

mimpi Seorang Perempuan Cantik
jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan mimpi ini adalah mimpi laila.
seperti lagu yang dinyayikan oleh
yasin.

lawak

Lawak 1

Sorang laki baru beli sekor kucing kt kedai haiwan. Sorang budak kt situ ternampak aki tu membelai kucingnya.
Budak: Chehss, monyet buruk camtu pun ko sayang??!
Laki: Budak, gila ke buta?... Ni kucing lah, bukan monyet, bodoh!.
Budak: Abang ni gila ke?! Saya cakap ngan kucing abang, bukan ngan abang!


Lawak 2
Satu kemalangan melibatkan seorg usahawan dlm BMWnya.

Usahawan: warrgghhh.. tgk apa dah jadi dgn BMW aku... habis kopak pintu kereta ni..warghh... .

Unit bantuan: encik. encik sedar x, tangan kanan encik dah tak ada? apasal risaukan sgt pintu kereta tu. materialistik sgt la encik ni

Usahawan: sambil memandang bhgn kanan badannya) warghh... ... jam Rolex aku!!!

Lawak 3

MENJERIT BERSAMA
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit.."Tolong,Tolong"
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang
lain..

Lalu salah seorang budak lain berkata.."Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"
"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain..

dan mereka semua mula menjerit "Bersama ! Bersama!"

Lawak 4

KULIAH
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di
sebuah
universiti.
Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."
"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Lawak 5
PANCING
"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya
dengan memegang pancing sambil merokok..
Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang
ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...
Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...
Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"
Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima""

Lawak 6

LARI JAUH
"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"
Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."
Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"
Fendi : "Fuad dan saya"
Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh

1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguing-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..


2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...


3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...


4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..


5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.." oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....


6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


Petua ini adalah rekaan semata-mata, kalau nak ikut, anda pikirlah sendiri....

ayat2 baru jepun

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI