RSS

Thursday, April 5, 2012

...gigi ooo gigi..

Gigi jarang dan kecil saiznya.
Suka menilai diri orang lain dan pasti ada saja yang tidak kena pada orang yang dinilainya. Walaupun dia suka menilai oranglain, dia tidak suka jika oranglain menilai atau mengkritik dirinya. Bila berhujah dan bertengkar, dia sukar mengaku kalah walaupun dia memang salah.

Gigi bersaiz sederhana dan elok tersusun.
Baik hati dan suka menolong sesiapa yang minta bantuan. Dia mahu oranglain merasa gembira dan bahagia. Sesiapa yang mempunyai kawan atau kekasih seperti ini akan merasa beruntung.

Gigi besar dan jarang-jarang.
Bersifat iri hati melihat kejayaan orang lain dan mungkin menyimpan perasaan dengki. Dia mungkin keras kepala dan merajuk jika kemahuannya tidak dituruti. Namun begitu, semangatnya kental dan dia sanggup lakukan apa saja bagi mempastikan dia memperolehi apa yang diinginkannya. Sesiapa yang berkawan atau berkasih dengannya harus banyak bersabar dengan kerenahnya.

Gigi jongang dan bersaiz kecil.
Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain. Walaupun agak keras kepala, tapi keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding.

Gigi jongang dan bersaiz besar.
Perlu banyak bersabar kalau punya teman atau kekasih sepertinya. Mulutnya sedikit celupar, mudah mengeluh, seakan-akan tidak pernah puashati dengan apa yang dimilikinya. Namun begitu, sikap inilah yang mendorongnya agar berusaha menjadi orang yang berjaya, menyebabkan dia menjadi aktif dan rajin.

Gigi tidak tersusun.
Walaupun giginya dianggap kurang cantik tapi budi pekertinya baik. Dia adalah teman bicara yang amat memahami, tempat meluahkan hati, sentiasa mendengar dan memberi nasihat serta pandai membahagiakan oranglain. Dia berpengetahuan luas. Tapi sikapnya agak kebudak-budakan dan kadangkala merimaskan.

Gigi seolah-olah masuk ke dalam.
Dia seorang yang agak pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar dirinya. Agak pasif, pendiam dan tidak begitu pandai bergaul. Dia pandai menyimpan rahsia dan hanya akan menceritakannya kepada orang yang benar-benar dipercayai.

Gigi kecil dan tersusun.
Selalunya pemilik gigi ini berwajah keanakan (cute). Suka menolong orang dan cakapnya boleh dipercayai. Dia adalah seorang kekasih yang hebat

0 comments: